Bersama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Soal pendidikan negara sentiasa menjadi topik hangat untuk dibincangkan dan menjadi tumpuan setiap kali ruang perbincangan dibuka walau di peringkat mana sekalipun. Bicara Minda membawakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bagi membincangkan lebih lanjut topik Malaysia Baharu dan Pendidikan Negara.
Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Selama 22 tahun menjadi perdana menteri, kini Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berada di tampuk yang sama pada usia 93 tahun. Tun bagaimanapun mengakui situasi hari ini berbeza dengan zaman beliau memegang jawatan tersebut. Apakah cabaran semasa beliau dalam membawa PH yang dipimpinnya untuk berdepan harapan rakyat yang luar biasa kali ini? Bicara Minda kali ini membincangkan harapan pemimpin itu terhadap PH yang dipimpinnya, harapan rakyat, janji PRU dan cabaran semasa serta masa depan.
Bersama Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad
Malaysia berada di kedudukan ke belakang berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam dalam bidang perubatan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly
Ahmad berkata, sepatutnya di Malaysia nisbah satu doktor bersamaan 400 katil, tetapi situasi sekarang satu doktor bersamaan 632 katil. Isu ini dan banyak lagi dibincangkan dalam Bicara Minda yang pertama kali diadakan tahun ini.
Bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah
Malaysia Baharu bukan ciptaan Pakatan Harapan, sebaliknya ia lanjutan kesinambungan manifesto harapan rakyat. Itu antara inti pati yang dikemukakan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program Bicara Minda yang kali kedua dianjurkan tahun ini. Katanya, selain melaksanakan janji-janji dalam manifesto Harapan, kerajaan juga akan menyelami apa sebenarnya Malaysia Baharu yang datang daripada rakyat, termasuk mengambil kira implikasinya kepada dasar luar negara.
Bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin
Isu perumahan menjadi kritikal dan penting khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan B40. Rakyat di bandar juga memerlukan perumahan tetapi terpaksa berhadapan harga rumah yang tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin menjelaskan isu ini.