Imigresen serbu 11 lokasi sekitar Ipoh

Iklan
Seorang warga asing mengalami kecederaan selepas cubaan melarikan diri daripada dicekup Jabatan Imigresen dalam Ops Bersepadu, semalam.

IPOH - Jabatan Imigresen Perak menyerbu 11 lokasi di sekitar Ipoh dalam Ops Bersepadu selama lima jam semalam.

Pengarahnya, Kamalludiin Ismail berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 2 petang itu melibatkan beberapa pondok keselamatan, premis kediaman, bangunan kedai dan pusat refleksologi.

Iklan
Iklan

"Operasi ini dijalankan berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan dibuat oleh Imigresen Perak.

"Maklumat awal yang diterima, lokasi-lokasi ini disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah.

Iklan

Kamalludin berkata, dalam serbuan itu, seramai 70 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 21 orang yang ditahan melibatkan lima lelaki warganegara Bangladesh, seorang lelaki dan empat wanita warganegara Indonesia, dua lelaki dan seorang wanita warganegara Myanmar serta lapan lelaki warganegara Pakistan.

Iklan

"Kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 21 tahun hingga 52 tahun," katanya.

Dalam pada itu, Kamalludin berkata, ketika serbuan dibuat di salah sebuah premis, terdapat warga asing cuba melarikan diri dan nekad terjun dari tingkat tiga sebuah kediaman.

Menurutnya, tindakan mangsa berusia 25 tahun yang merupakan warganegara Pakistan itu menyebabkan pergelangan kakinya patah.

"Ketangkasan pegawai mengepung lokasi-lokasi terbabit berjaya menghalang cubaan warga asing berkenaan untuk melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini," katanya.