'Teknik' ketika menghulurkan kad nama

Iklan
PENGENALAN diri amat penting sebelum memulakan sesi rangkaian kerja pada sesebuah pertemuan, majlis atau acara.Perkara tersebut dijelaskan oleh Perunding imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin yang menyarankan individu menitikberatkan aspek etika sosial ketika bertemu dengan orang ramai.Sehubungan itu, bagi memastikan etika sosial tersebut dilaksanakan dengan baik beliau berkongsi teknik memperkenalkan diri terutamanya ketika memberikan dan bertukar kad nama (kad perniagaan).Ikuti tatacara seperti di bawah:1. Pastikan kad nama diberikan dengan dimulakan bahagian depan menghala ke arah penerima.Ia bertujuan supaya penerima boleh terus membaca dan menggunakan kedua-dua belah tangan.2. Pastikan penerima membaca terlebih dahulu kad nama dan memastikan maklumat seperti nama, nombor telefon dan e-mel disemak terlebih dahulu sebelum beredar.3. Pastikan penerima kad memegang kad nama tersebut dahulu, semasa masih rancak berbual-bual.Setelah selesai perbualan barulah disimpan rapi bagi mengelakkan pemberi kad nama berkecil hati seperti tidak dihargai.Semoga bermanfaat.Sumber: Facebook Syeera Hanis