Presiden Jokowi terima watikah pelantikan duta Malaysia

Iklan
Joko Widodo

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini menerima watikah pelantikan daripada 12 duta asing termasuk Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

Majlis penyampaian watikah itu diadakan di Istana Merdeka, Jakarta hari ini yang turut dihadiri Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

Iklan
Iklan

Zainal Abidin, 58, berasal dari Kedah, pernah berkhidmat di beberapa negara sebelum ini seperti di Jepun, Vietnam, Belgium dan Republik Czech.

Jawatan terakhir beliau sebelum ke Indonesia ialah Duta Besar Malaysia di Sepanyol.

Iklan

Pada 21 Mac lalu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada Zainal Abidin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Jawatan itu kosong hampir setahun selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tamat kontrak pada Jun 2018.

Iklan

Sepanjang tempoh itu, Timbalan Duta, Zamshari Shaharan melaksanakan tanggungjawab sementara. - Bernama