Sains, teknologi boleh jadi baik atau sebaliknya: Tun M

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan syarahan mengenai Bagaimana Sains dan Teknologi Dapat Menyumbang Kepada Keamanan Dunia di Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun (JFLS) hari ini. - Foto Bernama

FUKUOKA - Manfaat sains dan teknologi boleh membawa kepada kebaikan atau sebaliknya kepada manusia dan keputusannya terletak di tangan mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, masalah yang berhubung dengan sains dan teknologi bukanlah mengenai lahiriah tetapi manusia yang mengendalikannya.

Iklan
Iklan

Beliau memberi contoh senario sebilah pisau di mana alat itu boleh digunakan untuk mengukir sesuatu menjadi cantik dan sebaliknya boleh juga digunakan secara salah untuk membunuh manusia.

"Sains dan teknologi boleh digunakan untuk kebaikan manusia atau merosakkan manusia.

Iklan

"Bukannya sains dan teknologi itu yang tidak baik tetapi keputusan manusia apabila mereka menemui sesuatu untuk membunuh manusia,” katanya ketika berucap kepada peserta sekolah musim panas Japan Future Leaders School di sini, hari ini mengenai 'How Science and Technology will Contribute to World Peace'’.

AKAN MENYUSUL

Iklan