Maqis rampas 100kg sosej babi

Iklan
Produk hasilan babi yang dirampas Maqis.

PADANG TERAP - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah merampas 100 kilogram (kg) produk hasil babi iaitu sosej dipercayai dari Thailand di Kompleks Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Durian Burung di sini Ahad lalu.

Pengarah Maqis Kedah, P Lily Rosalind berkata, pihaknya telah menahan sebuah lori yang dipercayai membawa produk hasil babi dari Thailand berkenaan tanpa sebarang dokumen yang sah.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas lori jenis Isuzu berkenaan mendapati terdapat 100kg produk hasilan babi (sosej) yang cuba diseludup masuk ke Malaysia.

"Mengikut Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728), setiap kenderaan yang membawa barangan di bawah kawalan Akta Maqis memerlukan permit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, penahanan ini adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan produk babi dari negara yang berpenyakit dan penyebaran wabak African Swine Fever (ASF).

"Antara produk-produk yang berisiko dalam penularan virus ASF adalah seperti babi hidup; daging babi segar; daging babi sejuk beku serta produk babi proses.

Iklan
Anggota penguatkuasa Maqis meninjau keadaan produl hasilan babi yang dirampas.

"Penyeludupan masih berlaku meskipun larangan pengimportan daging babi dari negara China; Thailand; Vietnam; Poland dan Belgium telah dikeluarkan oleh kerajaan," katanya.

Lily berkata, keadaan ini boleh menyebabkan pihak kerajaan menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit ini tidak dikawal dan boleh mengancam industri ternakan babi di Malaysia.

"Produk babi tersebut akan ditahan dan syarikat pengimport bakal dikenakan kompaun.

"Hal ini kerana, kegagalan mematuhi peraturan import boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Perkompaunan Kesalahan) 2019," katanya.

Lily berkata, perbuatan mengimport sesuatu barangan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (AKTA 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen 11(3) dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.