Dakwaan saya akan jadi MB Perak itu karut: Zainol Fadzi

Iklan
Zainol (tengah) meraikan media dalam majlis makan durian, semalam.

IPOH - Desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak disifatkannya sebagai karut.

Zainol Fadzi yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Besar berkata, beliau mengakui tidak pernah mengimpikan jawatan itu meskipun isu berkenaan mula berlegar sejak beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Saya dengar khabar angin ini beberapa bulan lepas dan saya tidak mengikuti perkembangan lanjut.

"Isu ini tidak menjejaskan saya dan secara peribadi, saya tidak ada cita-cita pun untuk menjadi Menteri Besar,” katanya kepada pemberita pada sesi makan durian bersama media di Port, di sini.

Iklan

Menurutnya, khabar angin itu tidak menjejaskan tumpuannya untuk terus berkhidmat dengan kerajaan negeri.

"Apa yang saya ada hari ini cukuplah. Saya boleh beri perkhidmatan dan kerjasama kepada kerajaan yang ada,” katanya.

Iklan