SONGKHLA - THAILAND. Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam tadi, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia.
Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia) telah merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan.