ADUN Bayu gesa projek kuari di Gunung Pulai dibatalkan segera
Iklan
ADUN Pembangkang memegang poster 'Save Gunung Pulai' pada Sidang DUN Kedah ke 14 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Kerajaan Kedah diharap membatalkan terus rancangan projek kuari di Gunung Pulai bagi mengekalkan keindahan alam semula jadi dan warisan sejarah di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris bersama penduduk kawasan mendesak kerajaan negeri membatalkan terus projek di Gunung Pulai itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya menyifatkan adalah lebih baik projek yang mendatangkan mudarat seumpama itu dihentikan dan membangunkan potensinya sebagai produk pelancongan
"Baling memiliki aneka tempat menarik seperti Air Panas Ulu Legong, Gua Sireh, Gua Komunis dan gua-gua di Gunung Pulai boleh dijadikan produk tarikan pelancong.
Iklan
"Gunung Pulai bukan hanya kaya keindahan alam semula jadi malahan warisan sejarah tersendiri," katanya pada sidang media bersempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke 14 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, pelbagai program menarik boleh dilaksana demi meningkatkan dan mempromosi kawasan pelancongan tersebut.
Iklan
"Untuk itu kita mendesak pihak kerajaan membatalkan projek kuari yang dilihat tidak membawa keuntungan sebaliknya membawa kemudaratan seperti menjejaskan ekosistem," katanya.
Menurut Abd Nasir, beliau berharap Gunung Pulai dapat diselamatkan manakala keindahan alam semula jadinya dapat dipertahankan daripada rancangan projek kuari tersebut.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam