Jom kita pakat jadi pemantau: Zambry

Iklan
Zambry

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengajak rakyat negeri ini menjadi pemantau melaporkan tindakan tidak bertanggungjawab syarikat yang merosakkan jalan raya di negeri ini.

Zambry dalam kenyataan yang dimuat naik di dalam laman Facebook miliknya memaklumkan terdapat jalan yang digali oleh syarikat terlibat bagi kerja-kerja utiliti tetapi tidak membaikinya mengikut syarat yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Ada jalan yang cantik baharu saja dibuat dalam setahun dua, tetapi ditebuk dan digali untuk menanam paip dan wayar serta gelung kumbahan.

"Selepas kerja habis, syarikat yang menjalankan kerja akan menurap hanya bahagian yang dikorek sahaja dan akibatnya jalan menjadi rosak," katanya.

Iklan

Tambahnya, kerajaan telah membelanjakan wang jutaan ringgit bagi membina jalan raya tersebut namun dirosakkan oleh syarikat yang menjalankan kerja-kerja utiliti selain mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal akibat jalan tidak rata, berombak dan berlubang.

"Saya dan rakan pentadbiran menghadapi masalah yang sama dulu.

Iklan

"Kita telah tetapkan syarat ketat dengan dibuat piawaian yang sama dengan kualiti jalan asal bila kerja menampung dan menurap lubang yang dikorek dilaksanakan," katanya.

Justeru itu, Zambry mencadangkan agar semua rakyat di negeri ini menjadi pemantau dan membuat laporan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), majlis daerah dan pejabat daerah sekiranya terdapat syarikat terlibat tidak membuat kerja dengan sebaiknya.

"Saya tengok sekarang ini sepanjang jalan Ipoh-Lumut khususnya dari Seri Iskandar ke Bota kerja-kerja seumpamanya untuk pemasangan fibre dan paip gas sedang dibuat.

"Di tengah bandaraya Ipoh, projek kumbahan di merata tempat dikorek. Di Pangkor pun sama. Saya percaya di lain-lain daerah juga terlibat sama. Jom kita pakat-pakat jadi pemantau dan membantu untuk negeri kita Perak," katanya.