KPDNHEP bongkar jualan cermin mata berjenama tiruan

Iklan
Azeem (tengah) menunjukkan antara rampasan cermin mata yang dibuat pihaknya dalam operasi di tiga buah premis di ibu negara, semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur membongkar kegiatan penjualan cermin mata berjenama tiruan dalam serbuan di sekitar ibu negara, semalam.

Pembongkaran itu dibuat menerusi operasi sepasukan pegawai dan anggota dari ibu pejabat KPDNHEP Kuala Lumpur bersama pemilik cap dagang itu di tiga buah premis di Wangsa Maju dan Lorong Haji Taib, kira-kira jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azeem Nazuri berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya telah menyita 4,320 unit cermin mata dan bekas cermin mata tiruan jenama popular bernilai RM90,783.

Menurutnya, pihaknya turut menahan tiga individu berusia 20 hingga 50 tahun termasuk seorang wanita ditahan untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati cermin mata serta bekasnya itu menggunakan perihal dagangan palsu menggunakan jenama sebenar,” katanya pada sidang akbar di Stor KPDNHEP, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azeem berkata, statistik sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 82 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 melibatkan sitaan sebanyak 60,482 unit dengan nilai sitaan berjumlah RM2,214,111 direkodkan.

Iklan

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 20 tangkapan sudah dibuat membabitkan sembilan kes terdiri daripada empat warga tempatan dan 16 warga asing yang disiasat di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

"KPDNHEP memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu untuk tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barang tiruan," katanya.