KPM umum keputusan Kabinet mengenai tulisan khat esok

Iklan
KPM

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung keputusan Kabinet mengenai tulisan khat di Putrajaya esok.

Keputusan itu akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Maszlee Malik selepas perkara itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan pendidikan dan ahli politik.

Iklan
Iklan

Pada 3 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan.

Dr Mahathir menyifatkan bantahan itu hanya melibatkan sebahagian kecil masyarakat dan kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama serta tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain.

Iklan
Iklan

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa anggota Kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu bermula tahun hadapan.