KUALA LUMPUR - Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada hujung bulan ini, sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet awal tahun depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, akta baharu itu yang lebih holistik dan komprehensif turut merangkumi produk seperti rokok elektronik, vape dan shisha.