Tonton video Asif di YouTube elak buntu

Iklan

PERNAHKAH anda tiba-tiba merasa buntu? Anda tidak mampu berinspirasi dan menjana cara berfikir dengan kreatif dan bernas. Walaupun berusaha memecah buntu itu, anda gagal dan pemikiran terus tersekat.

Rakan Merak Jalanan pernah merasai saat-saat di mana sel-sel otak ini gagal berhubung. Katanya, sebagai seorang yang gemar menulis, situasi itu tidak boleh diterima. Bila buntu itu datang, dirinya berada dalam ‘kebodohan’ untuk satu tempoh sukar dijangka. Lebih teruk, dia mengalami kehilangan idea dan subjek untuk diketengahkan dalam penulisannya. Merak Jalanan yakin situasi itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia dikatakan satu yang normal dan hasil rujukan mendapati kebuntuan itu adalah satu proses biasa.

Iklan
Iklan

Kebuntuan itu bukan satu yang kekal kerana fakta sains memberitahu, kita sebenarnya secara automatik telah bertindak menyalurkan maklumat kepada otak dan memberi rangsangan secara berterusan ketika saat buntu itu terjadi.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Merak Jalanan yakin pengaruh gaya hidup menjadi sebahagian daripada penyebab. Sekiranya kerap mengalami stress, kita berisiko untuk lebih kerap mengalami buntu.

Iklan

Stress menyebabkan kreativiti terbantut dan kesukaran berfikir kerana ia menghalang otak mencanai idea. Tekanan kerja atau dalam perhubungan harus ditinggalkan. Berdampinglah dengan nasihat dan cakap-cakap yang positif serta luangkan masa dengan kehidupan yang menyeronokkan.

Boleh cuba menonton video Syahmi dan Asif di YouTube, mendengar lagu, bertafakur atau sekurang-kurangnya memanfaatkan cuti Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini sebagai alternatif mengurangkan stress seterusnya mengelak ditimpa buntu.

Iklan

Merak Jalanan tidak mahu stress dan seronok menikmati kehidupan seperti orang lain. Jangan bimbang jika anda tiba-tiba buntu dan tidak mampu berfikir.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memperbaiki gaya hidup dan ia perlu dilakukan sekarang.