SHAH ALAM - Program Larian Bersama Bomba kali ke-17 yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos ini akan ditunda keesokan harinya berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, penganjuran program itu akan dijalankan pada 18 Ogos bermula jam 7 pagi.