Dua penggangur kaki samun dicekup

Iklan

SUBANG JAYA - Dua penganggur yang aktif melakukan jenayah samun di beberapa kedai serbaneka sekitar Subang Jaya dicekup polis di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun di kedai serbaneka berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) pada jam 9.39 malam, 18 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa seorang penjaga premis perempuan berusia 19 tahun mengadu didatangi dua suspek memakai topi keledar dan topeng penutup muka.

"Suspek bersenjatakan pisau itu arahkan mangsa keluarkan wang dalam peti juruwang sebelum turut melarikan beberapa kotak rokok dan kad tambah nilai telefon.

Iklan

"Mangsa tidak alami kecederaan namun pihak kedai serbaneka menanggung kerugian hampir RM750" katanya.

Beliau berkata, bertindak atas aduan dan risikan dijalankan, polis menahan dua lelaki berusia 20 tahun dan merampas telefon bimbit, dua buah motosikal, dua pasang kasut dan dua topi keledar dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah itu.

Iklan

"Berdasarkan siasatan awal suspek mengaku terlibat kes ini. Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes melibatkan samun premis kedai serbaneka di daerah Subang

Jaya dengan penahanan uspek.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan direman selama enam hari hingga Isnin ini," katanya.