Tun M bertemu Penasihat Khas PM Jepun

Iklan
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi hari ini bagi membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun. - Foto Bernama

FUKUOKA - Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi bagi membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Pertemuan dengan Izumi yang bertanggungjawab dengan perkara berkaitan hal ehwal Malaysia itu diadakan di Fukuoka pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari Dr Mahathir ke wilayah itu.

Iklan
Iklan

Jepun ialah rakan dagangan global keempat terbesar di Malaysia pada 2018 dengan jumlah perdagangan dua hala dicatatkan pada RM132.57 bilion (US$32.86 bilion). - Bernama

Iklan
Iklan