Dua parah rempuh treler di lorong kecemasan

Iklan
Kemalangan membabitkan lori muatan barang kurier dengan lori tangki minyak sawit di lorong kecemasan di Kilometer 433 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan awal pagi tadi.

HULU SELANGOR - Pemandu dan penumpang lori membawa muatan barang kurier parah selepas melanggar sebuah treler tangki minyak sawit yang berada di lorong kecemasan di Kilometer 433 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi, pemandu, Muhamad Safarizal Saaban, 31, dan penumpang, Sahran Saari, 43, masing-masing parah di kepala serta kaki manakala pemandu lori tangki minyak sawit, Mohd Zairul Ramli, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mangsa beralamat di Simpang 4, Pulau Pinang dan Tumpat, Kelantan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kemalangan berlaku semasa lori tangki minyak sawit jenis Scania dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Iklan

Menurutnya, sampai tempat kejadian lori tangki itu mengalami kerosakan dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya.

"Pada masa yang sama datang lori muatan barang kurier jenis Hino dari arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar belakang lori tangki.

Iklan

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.