PELAKON cantik, Raja Ilya kini dengan rasminya telah menjadi isteri kepada lelaki pilihan hatinya, TWG.
Ilya menerusi Instagram miliknya mengumumkan sendiri berserta gambar perkahwinan mereka yang telah diadakan di Rottnest Island, Western Australia, pagi Khamis.
Dengan perkongsian dibuat Ilya sekali gus berkongsi wajah suaminya.
"I’m touched beyond words and
my heart is overflowing with gratitude.
"Thanks from the bottom of my heart, Thank u for being a part of the journey, thank you for all the gifts,wishes & prayers guys.
"Feels good to be married," coretnya.
Rata-rata di ruang komen, peminat dan kenalan artis mengambil peluang dengan memberikan ucapan tahniah di atas ikatan sebagai pasangan suami dan isteri.
Sebelum ini Ilya, berkata, majlis pernikahannya itu hanya tertutup buat kaum keluarga yang terdekat sahaja.
Untuk rekod, Ilya dan pasangannya telah berkenalan selama enam tahun sebelum membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.