PUTRAJAYA - Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup Sabtu ini (10 Ogos) sempena cuti umum sambutan Aidiladha pada 11 Ogos.
JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata orang ramai boleh hadir ke pejabat JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang urusan pendaftaran pada tarikh tersebut.