Mayat jurutera kapal hilang ditemukan

Iklan
Aminuddin - Foto Bernama

JOHOR BAHRU- Seorang jurutera kapal tunda yang dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran dari Kuala Linggi, Melaka menuju ke Singapura, dua hari lepas, ditemukan mati lemas di perairan Pulau Kukup, Pontian, semalam.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat Sugianto, 47, ditemukan dalam keadaan terapung di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika Barat Laut, Pulau Kukup pada 3.30 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, pengecaman awal mangsa dibuat berdasarkan baju yang dipakai mangsa ketika ditemukan.

"Warna baju mangsa adalah sama seperti maklumat yang diperoleh daripada pihak syarikat.

Iklan

"Bagaimanapun pengesahan lanjut akan diuruskan (dibuat) pihak syarikat di hospital,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aminuddin berkata mayat mangsa sudah pun dibawa ke jeti APMM Sungai Pulai, Iskandar Puteri untuk tindakan seterusnya.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat Sugianto sebelum ini dilaksanakan di kawasan seluas 30 batu nautika persegi melibatkan kekuatan tiga aset bot dari APMM dan pihak polis.- Bernama