Kes anak Menteri Pertahanan dibicara Oktober depan

Iklan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 15 dan 16 Oktober depan sebagai tarikh bicara kes penyalahgunaan dadah membabitkan anak lelaki Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding pengurusan kes dihadapi tertuduh.

Iklan
Iklan

Dalam prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam Nasar Khan dan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid dan tidak membantah tarikh bicara ditetapkan itu.

Tertuduh didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC, yang juga terdapat pada ganja di sebuah tandas di Hotel W, Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi, 5 Januari lalu.

Iklan

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun di bawah Seksyen 38B akta sama, jika disabit kesalahan.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Iklan