KOTA BHARU – Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara sempena perayaan Aidiladha selama seminggu bermula esok.
Pengurus Besar Kanan Pembinaan Unit Projek Khas ECER, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir Adina Mamat berkata, laluan berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang esok sehingga 10 pagi 15 Ogos ini.