MDB roboh dua bar pantai

Iklan
Premis yang dibina atas rizab pantai dan tanpa kebenaran di Pasir Panjang dirobohkan oleh anggota penguatkuasa MDB.

BESUT - Majlis Daerah Besut (MDB) merobohkan dua struktur haram didirikan di atas rizab pantai di kawasan tersebut dalam Ops Cantas di pantai Pasir Panjang, Pulau Perhentian di sini awal minggu ini.

Yang Dipertuanya, Ahmad Azizi Zulkifli berkata, dua bar itu beroperasi tanpa lesen dengan tumpuan kepada pelancong.

Iklan
Iklan

"Operasi empat jam yang tamat jam 1 petang berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Ahmad Azizi berkata, MDS serius dalam usaha mengubah imej kawasan pelancongan terkenal itu menjadi lebih baik.

Iklan
Iklan

"Pemantauan berterusan akan dilakukan dan sekiranya ada pihak yang membina lagi struktur haram di pulau tersebut maka mereka bakal berdepan tindakan tegas termasuk premis akan dirobohkan,” katanya.