Gempa bumi Taiwan ragut satu nyawa

Iklan
Sebatang jalan di Taichung digenangi air kerana berlaku kebocoran gas dan paip selepas timur laut Taiwan dilanda gempa bumi semalam.

TAIPEI - Seorang wanita warga emas terbunuh selepas gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud menggegar timur laut Taiwan hari ini.

Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata, mangsa yang berusia 60 tahun meninggal dunia selepas ditimpa sebuah almari kabinet dalam kejadian di tengah Taipei.

Iklan
Iklan

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada jam 5.28 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di timur laut daerah Yilan.

Pada April lalu, gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud melanda pulau itu mengakibatkan 17 cedera selain menjejaskan lalu lintas dan trafik.

Iklan

Taiwan merekodkan gegaran paling dahsyat pada 1999 apabila gempa bumi berkekuatan 7.6 magnitud membunuh kira-kira 2,400 orang. - AFP

Iklan