Lebur RM100,000 diperdaya jualan emas palsu

Iklan
Ismadi (kanan) menunjukkan ketulan emas palsu yang dirampas dalam serbuan itu di ibu negara, semalam.

SERDANG - Hajat ejen hartanah untuk memiliki 48 ketulan emas yang dibelinya dengan harga RM100,000 daripada seorang lelaki warga China tidak kesampaian selepas mendapati emas tersebut adalah palsu.

Kejadian itu disedari mangsa selepas membuat pemeriksaan di sebuah kedai di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, sebelum itu mangsa berusia 31 tahun dikatakan telah berurusan dengan seorang lelaki warga China yang dikenali melalui aplikasi WeChat.

"Mangsa kemudian membuat pembayaran kepada suspek secara tunai berjumlah RM100,000 untuk 48 ketulan emas seberat lima kilogram di sebuah pusat beli belah di Puchong kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Iklan

"Namun, mangsa membuat laporan polis setelah pemeriksaan yang dibuat di sebuah kedai emas mengesahkan ianya adalah palsu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, hari ini.

Ketulan emas yang dipercayai palsu dirampas polis susulan tertangkap empat lelaki warga China, di ibu negara, semalam.

Beliau berkata, susulan itu, bertindak pada hari yang sama, empat lelaki warga China ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur.

Iklan

Menurutnya, serbuan pertama di hotel Jalan Tun Sambhatan, Kuala Lumpur kira jam 4 petang berjaya menahan dua lelaki berusia 52 dan 56 tahun.

"Hasil soal siasat kemudian membawa serbuan kedua di sebuah kedai menjual aksesori elektronik berhampiran hotel berkenaan dan menahan dua lagi lelaki warga China berusia 53 dan 25 tahun yang juga pemilik kedai yang disyaki menerima wang RM100,000 daripada suspek,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM100,000, 111 ketulan emas yuanbao dipercayai palsu, lapan telefon bimbit dan satu gergaji disyaki digunakan untuk memotong ketulan besi disadur emas berkenaan.

"Dipercayai emas palsu terbabit dikirim melalui kurier dari Hong Kong ke Malaysia yang mana kegiatan ini telah aktif sejak sebulan lalu dengan mencari pelanggan menerusi aplikasi Wechat. Hasil penahanan ini, kami berjaya menyelesaikan kes berkenaan kurang dari tempoh 24 jam laporan polis dibuat,” katanya

Katanya lagi, semua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran penjualan emas yang menawarkan harga tidak munasabah oleh individu tidak dikenali.