KOTA BHARU – Penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik akan menerusi Program Jelajah Dakwah di Stadium Sultan Muhammad IV, jam 9 malam esok.
Pengarah program, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Dr Zakir akan memberikan ceramah bertajuk Islamofobia.
Iklan
Iklan
"Ulasan yang akan disampaikan pastinya memberi manfaat kepada kepada penduduk dan negara.
"Jemputan sama juga diberi kepada pemimpin tertinggi negara, bukan sekadar hadir dan mendengar fakta yang mahu disampaikan, sebaliknya, mereka (pemimpin Pakatan Harapan) boleh mengutarakan soalan untuk lebih memahami Islam daripada mengeluarkan kata-kata seperti taliban.
"Datanglah, kami akan pastikan mereka akan berpuas hati dengan perbincangan persaudaraan ini,” katanya.