SHAH ALAM - Bermula esok hingga 11 September ini, rakyat Malaysia berpeluang menyumbangkan idea dan cadangan mereka dalam penyediaan Belanjawan Negara 2020 yang bakal dibentangkan pada 11 Oktober 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, laman web khas #belanjawan2020 membolehkan semua lapisan masyarakat mengemukakan pandangan selaras dengan usaha kerajaan bagi membina negara dan mensejahterakan rakyat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam usaha tersebut kerajaan juga telah menganjurkan Majlis Konsultasi Belanjawan yang merupakan satu forum utama di mana pelbagai pihak dari sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi dijemput hadir bagi menyumbang idea yang konstruktif untuk dipertimbangkan sebagai input dalam merangka strategi belanjawan.
"Di samping itu, beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian-kementerian bermula esok," katanya, hari ini.
Katanya, rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran sebagai untuk berkongsi input dan cadangan melalui laman web khas di alamat belanjawan2020.treasury.gov.my dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #belanjawan2020 di media sosial Facebook, Instagram serta Twitter.
"Cadangan boleh dikemukakan mulai 9 Ogos hingga 11 September 2019," katanya.
Artikel Berkaitan