91 pesakit di wad Hospital Pekan terima sumbangan Aidiladha

Iklan
Syed Mohammad Faiz (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pesakit.

PEKAN - Seramai 91 orang pesakit di Hospital Pekan dekat sini menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian serta duit raya sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Ahad ini daripada Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP).

Pesakit yang menerima sumbangan tersebut adalah dari wad kanak-kanak, wad wanita, wad lelaki dan juga wad bersalin.

Iklan
Iklan

Sumbangan menerusi program Semai Budi berkenaan disampaikan oleh Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant diiringi isterinya Datin Amirah Sh Ali.

Syed Mohammad Faiz berkata, PAKP berharap sumbangan itu dapat memberi sinar keceriaan kepada pesakit dan meringankan beban mereka.

Iklan

"Program Semai Budi ini merupakan aktiviti tahunan PAKP sejak 10 tahun lalu setiap kali menjelang perayaan.

"Ia adalah sebahagian daripada usaha mendekatkan diri dengan masyarakat dan melebarkan penglibatan PAKP dalam aktiviti kebajikan," katanya di sini semalam.

Iklan

Syed Mohammad Faiz berkata, selain membuat amal kebaikan seperti yang dituntut agama, beliau percaya sumbangan itu secara tidak langsung memberi makna yang cukup besar kepada setiap penerimanya.

"Tambahan lagi, ada di antara pesakit tidak mempunyai waris," katanya.