Syed Saddiq perlu teliti kebajikan bekas atlet

Iklan
Takiyuddin bertanya khabar Awang atau lebih dikenali sebagai Abe Mat Bola di rumahnya.

PERSATUAN Bola Sepak Melayu berharap Kementerian Belia dan Sukan mengambil peduli kebajikan bekas-bekas atlet negara terutamanya mereka yang terlantar.

Presidennya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta untuk meneliti aspek tersebut sebagainsalah satu cara menghargai mereka yang pernah berjasa kepada negara.

Iklan
Iklan

"Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) yang sebelum ini berperanan membantu bekas atlet perlu diaktifkan semula.

"YAKEB ada ramai ahli terdiri daripada bekas atlet dan kebanyakan mereka sudah berusia dan ada yang terlantar akibat pelbagai penyakit,” katanya.

Iklan

Katanya, sebelum ini YAKEB sangat prihatin dalam membela nasib bekas atlet, namun sejak akhir-akhir ini peranan badan itu bagaikan tidak berfungsi kerana didakwa melibatkan masalah dana.

"Oleh itu saya amat berharap kerajaan hari ini terutama Syed Saddiq meneliti perkara ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak terbela.

Iklan

"Kita sedih apabila dengar ada bekas atlet terpaksa hidup sebagai gelandangan kerana masalah kewangan. Kita tidak mahu masalah berlaku sehingga ke tahap itu tanpa sebarang bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi bekas pemain bola sepak negara, Awang Essa, 72, yang terlantar sakit sejak September lalu di rumahnya di Telipot, di sini.

Awang yang juga penjaga gol Malaysia tahun 1969 itu menghadapi masalah sakit tulang belakang sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan beliau tidak mampu bangun dari katil.