JIKA anda seorang yang sangat mementingkan kebersihan, pastinya Sanitizing Travel Wand boleh menjadi pilihan untuk dibawa ke mana-mana.
Gajet yang mudah didapati di pasaran dalam talian itu menggunakan sinaran ultraungu atau ultraviolet (UV) untuk membunuh 99.9 peratus kuman dan bakteria di permukaan.