Beri tumpuan usaha perkasa Bersatu

Iklan
Azran (kanan) ketika menziarahi seorang warga emas yang sakit tua di Kampung Baru Jalan Malaysia di sini.

JELI - Selepas melalui beberapa fasa perubahan Pasca PRU14, Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ini diharap akan memberi tumpuan ke arah memperkasakan lagi parti itu.

Penyelaras PH Parlimen Jeli, Azran Deraman berkata, pihaknya berharap isu memperkasakan parti antara yang akan diberi keutamaan selepas ahli dan penyokong tegar Bersatu sebelum ini dilihat agak terkesan dengan situasi sedang berlaku ketika ini.

Iklan
Iklan

"Sebelum PRU14, mereka berjuang habis-habisan untuk membawa kemenangan kepada parti, bagaimanapun situasi agak berbeza apabila tindakan pucuk pimpinan yang dikatakan lebih dahulukan ahli baru daripada parti lain kurang menyenangkan mereka.

"Isu ini seharusnya mendapat tumpuan, kerana kegelisahan pejuang- pejuang awal Bersatu tidak dapat dinafikan lagi,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Katanya, Bersatu perlu jelas dalam mendepani hasrat dan harapan rakyat terutama yang ingin melihat parti itu berdiri dengan identiti tersendiri bukannya jelmaan Umno 2.0.

Terdahulu Azran menziarahi seorang warga emas yang sakit tua di Kampung Baru Jalan Malaysia di sini.

Iklan