Laungan 'Nora where are you?' bergema di The Dusun Pantai Hill

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat Nora Anne diteruskan hari ini.

SEREMBAN - Laungan memanggil 'Nora...Nora where are you?' kedengaran di seluruh pelusuk kawasan The Dusun Pantai Hill oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), di sini hari ini.

Usaha mencari remaja dari Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang memasuki hari ke enam hari ini masih lagi diteruskan dengan penambahan pasukan SAR, pengunaan peralatan teknologi canggih serta rakaman suara ibunya, Meabh Jaseprine Quoirin.

Iklan
Iklan

Rakaman suara ibunya yang digunakan sejak semalam, diharap dapat memberi sedikit bantuan dalam usaha mencari dan mengesan Nora Anne yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Kedengaran suara anggota pasukan SAR memecah kesunyian di hutan ini, memanggil nama Nora diselangi dengan rakaman suara ibunya dengan mengunakan pembesar suara.

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat Nora Anne diteruskan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memberitahu, rakaman suara ibu remaja berkenaan digunakan selepas mendapat persetujuan keluarga.

Katanya, setiap operasi yang dilakukan akan mainkan rakaman dari telefon bimbit ini menggunakan pembesar suara seolah-olah ibunya yang memanggil.

Iklan

Tambahnya, cara tersebut pernah digunakan di operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tempat lain dan ia berkesan.

Terdahulu, suara ibunya yang berbunyi,"Nora darling, Nora... I love u, Mom is here" dirakam oleh pihak polis bagi 'mengejutkan' Nora Anne.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari keenam hilang: Di mana Nora Anne?