[DIKEMASKINI] PELAKON jelita, Shima Anuar selamat bersalin anak kedua lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, pada jam 9 pagi Khamis.
Menerusi perkongsian di Instagram Shima, 28, berkata, proses bersalin berjalan dengan lancar dan menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kesejahteraannya.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah satu lagi pengalaman baharu. Segalanya berjalan dengan lancar dan kami begitu gembira menimang anak lelaki.
"Terima kasih ALLAH, suami termasuk Dr Seri serta anda semua yang selalu mendoakan saya.
"Meet my new boyfriend, Mikhael Imaan Bin Mohd Solih," tulisnya di IG.
Selain ucapan dan perkongsian khabar gembira tersebut, Shima turut berkongsi sekeping gambar bersama suami sedang memangku anak kedua mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Marian Sophia.