'Bila ada nyawa hilang, nak guna hujah perkauman juga ke?'

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kesal dengan sikap segelintir pihak yang mengaitkan kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan isu perkauman.

Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Pemuda Bersatu menegaskan isu keselamatan tidak perlu dipolitikkan.

Iklan
Iklan

"Isu keselamatan pun dipolitikkan. Semua isu nak dikaitkan dengan agama dan bangsa.

"Bila ada nyawa yang hilang, nak guna hujah perkauman juga ke?" kongsinya di laman Twitter rasminya, hari ini.

Iklan

Ciapan Twitter berkenaan mendapat 47 komen, 1,049 ulang ciapan dan 848 maklum balas.

Terdahulu, DBP dalam kenyataannya memaklumkan kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan.

Iklan

Keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.

Kerja-kerja perobohan replika buku itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Roboh replika buku atas faktor keselamatan: DBP