Polis letup kotak ditulis ancaman bom di Lapangan Terbang Miri

Iklan

MIRI - Kotak yang pada mulanya dipercayai mengandungi bom, telah diletupkan oleh polis di kargo Lapangan Terbang Miri malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata kotak itu diletupkan demi keselamatan kerana tulisan di luar kotak itu tertera perkataan"Jangan Campak!! Ada bom di dalam".

Iklan
Iklan

Meng Seah berkata polis dimaklumkan mengenai ancaman bom itu selepas menerima maklumat daripada anggota polis bantuan Lapangan Terbang Miri pada 9.20 malam tadi.

"Siasatan mendapati kotak tersebut tiba di Lapangan Terbang Miri dari Kuala Lumpur pada 7.23 malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini sambil memyatakan Unit Bom, Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri telah dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan

Katanya setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, kandungan di dalam kotak tersebut hanya alat gantian motosikal sahaja.

Beliau memberi amaran kepada orang awam supaya jangan menulis perkataan berunsur ugutan semasa menghantar bungkusan kerana ia satu kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta mahu syarikat penerbangan meningkatkan tahap keselamatan dengan memeriksa bungkusan yang dihantar terutama tulisan di luar bungkusan. -Bernama

Iklan