PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter daripada RM2.54 seliter kepada RM2.49 seliter bagi tempoh 10 Ogos sehingga 16 Ogos 2019.
Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit bagi minyak petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.
"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.24 seliter dan diesel pada RM2.33 seliter.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk tersebut, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 10 Ogos sehingga 16 Ogos 2019 adalah berjumlah RM59.28 juta.
Artikel Berkaitan