Mayat lelaki terjun sungai ditemukan

Iklan
Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemukan kira-kira jam 1 tengah hari.

DUNGUN - Mayat lelaki yang lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun ditemukan.

Mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemukan tersangkut pada dahan pokok di tebing sungai berhampiran kampung Nibong Bawah kira-kira jam 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, usaha pasukan penyelamat berhasil apabila mayat pemuda itu ditemui penyelamat dalam jarak 3 km dari lokasi kejadian.

"Kawasan pencarian diperluas kepada lima kilometer melibatkan kawasan permukaan, dasar dan sepanjang tebing sungai.

Iklan

"Khidmat bantuan anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya turut digunakan untuk melancarkan operasi,” katanya.

Menurutnya, operasi hari kedua dimulakan pada jam 7 pagi itu melibatkan 38 anggota dari pelbagai agensi.

Iklan

"Selain polis dan bomba, operasi ini turut melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk kampung.

"Operasi ditamatkan pada jam 1.15 petang, mayat mangsa dibawa ke jeti pendaratan ikan kompleks LKIM sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun," katanya.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa nekad melarikan diri dengan terjun sungai selepas melihat beberapa anggota polis memasuki pekarangan kompleks LKIM.

Usaha polis dan nelayan memujuk mangsa naik ke darat gagal menyebabkan lelaki itu hanyut dan tenggelam di dasar sungai.