Adik pemimpin Houthi dibunuh

Iklan
Ibrahim Badreddin al-Houthi

SANAA - Kementerian Dalam Negeri Yemen dalam satu kenyataan berkata, adik lelaki pemimpin pemberontak Houthi, Abdul-Malik al-Houthi telah dibunuh.

"Ibrahim Badreddin al-Houthi telah dibunuh oleh musuh dalam selimut yang disokong Amerika Syarikat dan Israel," menurut kementerian itu yang dipetik stesen TV al-Masirah hari ini.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan pembunuhan Ibrahim.

Ibrahim antara komander paling berpengaruh dalam pasukan pemberontak Houthi.

Iklan

Sementara itu, beberapa agensi berita melaporkan mayat Ibrahim ditemukan bersama beberapa mayat komander Houthi di sebuah rumah di bandar Haddeh.

Rumah tersebut didakwa menjadi sasaran serangan roket tentera pakatan diketuai Arab Saudi. - Agensi

Iklan