BELGRADE - Kerajaan Serbia memberi kerakyatan kepada bekas Perdana Menteri Thailand digulingkan, Yingluck Shinawatra yang telah meninggalkan negara itu pada 2017 selepas beliau berdepan tuduhan kecuaian menjalankan tugas yang jika disabit bersalah boleh dihukum penjara 10 tahun.
Belgrade memaklumkan keputusan dibuat pada 27 Jun lalu berdasarkan peruntukan undang-undang yang menyebut warga asing juga boleh mendapat hak kewarganegaraan Serbia jika ia adalah selaras dengan kepentingan negara.