'Adik manja' mampu tandingi musang king

Iklan
Husam (kiri) bersama pemilik kebun, Che Harun Ahmad ketika meninjau dan melihat dengan lebih dekat spesies adik manja di Kampung Legeh hari ini.

JELI - Durian adik manja mungkin tidak sepopular musang king atau kunyit, namun bagi sesetengah orang durian itu lebih enak dan mampu menyaingi varieti durian yang ada di pasaran ketika ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa berkata, adik manja yang dilihat lebih menarik kerana isinya yang lebih sedap dan agak kemerahan boleh diperkenalkan serta dikomersialkan secara lebih meluas di negara ini.

Iklan
Iklan

"Pengusaha tanaman boleh mencuba spesies ini kerana rasanya lebih enak jika dibandingkan dengan musang king.

"Saya telah sebut perkara ini kepada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Mohamad Roff Mohd Noor sebelum ini dan akan maklum sekali lagi agar dapat hantar wakil dari jabatan berkenaan untuk tinjau spesies ini. Jika perlu diwartakan sebagai salah satu senarai dalam carta durian di bawah Mardi," katanya selepas melawat kebun Che Harun Ahmad di Kampung Legeh di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Husam berkata, pihaknya yakin durian adik manja boleh diperkenalkan di negara ini sebagai spesies alternatif atau pilihan di samping jenis-jenis durian lain yang ada ketika ini.

Menurutnya, setakat ini durian adik manja hanya boleh ditemui di Kampung Legeh walaupun usia pokok sudah melebihi 35 tahun.

Iklan

"Spesies ini sudah lama tapi tak ramai yang tahu kerana tidak diketengahkan. Ia bukan durian kampung biasa, sekali pandang seakan durian dari spesies bakok yang berasal dari negara jiran Thailand," katanya.

Dalam pada itu, Husam turut menyeru pengusaha tanaman di negeri ini yang mempunyai spesies lebih baik agar mengetengahkan supaya baka yang dihasilkan tidak pupus sebagaimana musang king yang kini lebih popular di Pahang.

"Kita yakin lebih bayak spesies bernilai masih wujud di kampung dan perlu diperkenalkan secara lebih meluas. Kalau boleh kita nak nama negeri kita popular dan naik seiring dengan durian yang dihasilkan," katanya.