Hayati erti pengorbanan, bina jati diri alah rasuah: SPRM

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengajak seluruh rakyat terus berkorban memerangi rasuah dan membina jati diri yang alah rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Beebi Koya berkata, dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, masyarakat diseru menghayati erti pengorbanan sebenar di sebalik ritual ibadah korban semata-mata.

Iklan
Iklan

"Sesungguhnya kita mestilah berwaspada agar gejala rasuah tidak meresapi kesemua aspek kehidupan termasuk ibadah suci seperti pemberian lembu dan fardu haji.

"Mudah-mudahan Hari Raya Korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan dan semoga negara kita bebas dari sebarang bentuk rasuah," katanya dalam perutusan Aidiladha Ketua Pesuruhjaya SPRM, di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban akan disambut esok. - Bernama