Laporan berkaitan caruman Bernama belum diterima

Iklan

IPOH - Kementerian Sumber Manusia belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tidak dapat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), setakat ini.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, pihaknya juga tidak mempunyai maklumat mengenai isu bayaran balik pinjaman kakitangan agensi berita itu yang tidak dilaksanakan walaupun pemotongan gaji sudah dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Menurut Kula Segaran, pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung isu itu daripada mana-mana pihak.

"Jika ada aduan dibuat kepada kami, kami akan ambil tindakan, memandangkan Bernama adalah sebuah agensi kerajaan, isu itu akan diselesaikan oleh kerajaan.

Iklan

"Adalah lebih baik perkara ini dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai di Pasar Awam Kampung Tawas di sini sempena Sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut laporan portal semalam, agensi berita nasional itu didakwa menghadapi kekangan kewangan yang memberi kesan kepada caruman KWSP pekerja dan bayaran balik pinjaman walaupun potongan gaji telah dilakukan.

Iklan