Pemandu, penumpang cedera ambulans terbabas

Iklan
Dua cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya MEX, pagi tadi.

PUTRAJAYA - Pemandu dan seorang penumpang ambulans cedera apabila kenderaan itu terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 19.4, Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) dari arah Seri Kembangan menghala ke Putrajaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu pesakit yang menaiki ambulans tersebut tidak mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan yang melibatkan sebuah ambulans syarikat swasta itu berlaku apabila pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

"Hasil siasatan awal mendapati ambulans terbabit baru saja mengambil seorang pesakit yang ditemani isterinya untuk dihantar ke Hospital Putrajaya.

Iklan

"Pemandu ambulans dan isteri kepada pesakit cedera ringan manakala pesakit yang berada di dalam ambulans tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Iklan