Selebriti boleh sumbang bina negara bangsa

Iklan
Prof Dr Zaid ketika Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk Selebriti Malaysia: Antara Glamor dan Sumbangan Sosial di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

SHAH ALAM - Kelompok selebriti kini mempunyai peranan dan tanggungjawab besar terhadap masyarakat.

Profesor Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zaid Ahmad berkata, ini termasuklah kepada pembinaan negara bangsa dan peradaban.

Iklan
Iklan

"Imej selebriti menjadi segmen penting dan sub budaya yang ada nilai sendiri dalam kelompok itu.

"Mereka ada pengaruh besar dalam masyarakat dan mempunyai tanggungjawab untuk memberi sumbangan. Ini termasuklah peranan untuk membina negara bangsa dan peradaban," katanya di Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk Selebriti Malaysia: Antara Glamor dan Sumbangan Sosial.

Iklan

Selain beliau, wacana ini turut menampilkan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sebagai panel.

Menurut Zaid, disebabkan pengaruh yang besar dan menjadi ikutan, maka golongan selebriti perlu menjaga kelakuan mereka.

Iklan

"Masyarakat lihat orang yang popular dan ingin mencontohi mereka. Selebriti ini pengikutnya ramai, jadi mereka mesti jaga kata-kata dan perangai," katanya.