KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini hendaklah menghayati pengertian di sebalik ibadah korban yang bukan sahaja dapat mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, tetapi juga memastikan umatnya sentiasa bersatu padu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu akan dapat mengelakkan berlakunya perpecahan sekali gus memastikan martabat agama Islam itu sendiri terus terpelihara dan nasib umatnya terus terbela.