PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk produk susu tepung diimport dari Jerman tanpa sijil kesihatan yang sah dari negara asal di Zon Perdagangan Bebas KLIA, Sepang, Khamis lalu.
Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan pada jam 6.50 petang mendapati 18 kotak susu tepung seberat 180kg diimport tanpa mematuhi syarat.