KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menzahirkan ucapan Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
"Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Saya serta isteri saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dan saya harap kita semua gembira dengan perayaan ini dan kita lakukan apa yang dikehendaki oleh agama kita,” katanya.