Aliran trafik lancar di kebanyakan lebuh raya pagi ini

Iklan
-Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke utara dan selatan lancar berikutan ramai sudah sampai di kampung sempena Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah semalam.

Iklan
Iklan

"Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah pagi Isnin,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

Iklan

"Trafik di kebanyakan tol seluruh negara masih lancar namun trafik sebelum masuk Plaza Tol Gombak didapati mula perlahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Iklan