Pendatang Yahudi serang lelaki tua Palestin

Iklan
Peneroka haram Yahudi melakukan provokasi hampir setiap hari ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

RAMALLAH - Sekumpulan peneroka haram Yahudi menyerang seorang lelaki tua Palestin dan ahli keluarganya di Tebing Barat petang semalam.

Kejadian berlaku di timur bandar Al-Khalil.

Iklan
Iklan

Saksi berkata, mangsa Shaker al-Tamimi, 70, diserang di rumahnya di kawasan Jabal Jalis.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Iklan

Terdapat kira-kira 503 penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Ia dihuni 800,000 penduduk Yahudi yang melakukan serangan provokasi hampir setiap hari ke atas penduduk Palestin. - Agensi

Iklan